|
![]() |
|||||||||
Salam sejahtera sahabat.
1. Kami di Suria Bumi Enterprise memohon jutaan kemaafan daripada sahabat semua kerana terpaksa menutup kedai SBE di Jalan Sentul yang terletak di bawah Flat Seri Terengganu kerana flat tersebut akan dirobohkan untuk membina kondominium mewah.
2. Buat masa ini Kedai SBE menjalankan perniagaan di Pusat Internet (Cyber Cafe) di Blok 39-00-00 Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul sebagai pejabat dan urusan mengambil tempahan sahaja. 3. Untuk kerja-kerja percetakan, Kedai SBE beroperasi di A-3-13A Mandy Villa, Jalan Segambut. 4. Sekiranya sahabat-sahabat menghadapi kesulitan untuk berurusan dengan kami, diharap sahabat dapat menelefon nombor telefon di bawah untuk perjumpaan di tempat yang terdekat dengan sahabat. 5. Buat masa sekarang SBE tidak menerima cetakan gambar digital, kad nama dan kad kahwin kerana masalah teknikal. Untuk tempahan yang lain terutama banner sila berhubung terus dengan En. Norman. 6. Sekali lagi kami di SBE memohon ampun dan maaf kerana kesulitan ini tidak dapat dielakkan dan diluar jangkauan kami. Harap maklum. Terima kasih.
--
"Bersama Memajukan Ekonomi Ummah"
Norman Ismail
019-2550415 Pengurus Projek Suria Bumi Enterprise - Indoor & Outdoor Printing Centre |
|
|||||||||
![]() |